SUKAN

100m paling sengit dalam sejarah Olimpik

PARIS – Acara 100 meter (m) pusingan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung awal pagi tadi adalah yang paling sengit dalam sejarah kejohanan itu selepas pemenang terpaksa diputuskan menerusi ‘photo finish’ (foto penamat).

Pelari pecut dari Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles yang berjaya meraih pingat emas acara itu hanya dibezakan 0.005s dengan pemenang pingat perak dari Jamaica, Kishane Thompson.

Dalam perlumbaan itu, Lyles berjaya mencatat catatan peribadi terbaik 9.79 saat (s) dengan Kishane turut mencatat masa 9.79s.

Menambah kegembiraan buat kontinjen AS, seorang lagi wakilnya, Fred Kerley berjaya meraih gangsa dengan catatan masa 9.81s.

Sementara itu, Lyles berkata, beliau merasakan bahawa Kishane telah memenangi perlumbaan itu, namun sebaliknya yang berlaku.

“Saya pergi kepada Kishane dan saya berkata, saya akan jujur, saya rasa kamu yang menang.

“Dan saya sudah benar-benar bersedia untuk melihat nama dia muncul namun akhirnya nama saya muncul, saya terkejut. Saya rasa sangat hebat,” katanya selepas perlumbaan.

Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 Marcell Jacobs dari Itali sekadar meraih tempat kelima dengan 9.85s.

Sebagai rekod, kali terakhir pelari Amerika Syarikat membawa pulang pingat emas acara 100m adalah menerusi Justin Gatlin pada Olimpik Athens 2004.

Rekod dunia dan Olimpik masih kekal milik Bolt dengan masing-masing 9.58s pada Ogos 2009 di Kejohanan Dunia Berlin dan 9.63 pada Olimpik London 2012.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button