BERITA SEMASAHIBURAN

Pelakon Ikmal Amry, isteri selamat timang cahaya mata ketiga

KUALA LUMPUR – Pelakon filem box-office Tarung: Unforgiven, Ikmal Amry berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Najla Shamsul selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ikmal menerusi beberapa hantaran foto yang dimuat naik di platform Instagram semalam.

“Secara rasminya saya bergelar bapa kepada tiga cahaya mata. Alhamdulillah atas rahmat ini. Salam Jumaat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen bersama emoji hati berwarna putih.

Bagaimanapun, pelakon berusia 31 tahun itu tidak mendedahkan jantina bayi mereka.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata baharu pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran, 3.

Ikmal merupakan pelakon dan model Malaysia yang mula menempa nama menerusi rancangan Hero Remaja.

Beliau membintangi beberapa filem popular termasuk naskhah seram Pulau (2023) serta filem aksi The Furious: Pertaruhan Maruah (2026).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button