BERITA SEMASA

Indeks Kebebasan Media Dunia: Ranking hanya berdasarkan responden

PUTRAJAYA – Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) baru-baru ini berdasarkan maklum balas responden yang telah mengisi sejumlah dokumen atau survei.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu kepadanya dalam satu pertemuan yang diadakan secara dalam talian pada Isnin, bagi membincangkan hasil laporan itu.

“Mereka telah menjelaskan bahawa sebenarnya indeks kebebasan media yang mereka laporkan adalah berdasarkan maklum balas responden yang telah mengisi sejumlah dokumen atau survei dan tidak semestinya berdasarkan kepada usaha mereka sendiri di lapangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata, pada pertemuan itu, pihak RSF turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha meningkatkan aspek kebebasan media dalam negara.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 disiarkan RSF baru-baru ini menunjukkan kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan yang jatuh 34 anak tangga ke kedudukan 107 berbanding 73 pada tahun lepas dengan memperoleh skor 52.07 mata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button