400 penjaja terima surat tawaran operasi di Kompleks Bazaria Wangsa Maju
KUALA LUMPUR – Seramai 400 penjaja menerima surat tawaran penempatan perniagaan di Kompleks Bazaria Wangsa Maju dalam satu sesi libat urus yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini semalam.
Melalui satu hantaran di Facebook, DBKL memaklumkan kompleks empat tingkat yang dibangunkan itu bakal menjadi pusat perniagaan moden dan tersusun, menggantikan lokasi asal Uptown Danau Kota (Bazaria Larut Malam).

“Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk gerai makanan, pejabat pengurusan, surau, tempat letak kereta dan gelanggang futsal bagi kegunaan komuniti setempat.
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Penjaja DBKL, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pemerkasaan peniaga kecil agar lebih berdaya saing, teratur dan inklusif,” menurut kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, DBKL optimis bahawa dengan kawalan keselamatan yang lebih sistematik serta pengurusan bangunan yang efisien, Kompleks Bazaria Wangsa Maju akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat dan menyumbang kepada kesejahteraan warga kota.
“Pembinaan kompleks ini turut menyokong pelaksanaan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa sebagai salah satu usaha memperkasa warga Wilayah Persekutuan melalui keusahawanan dan pembangunan infrastruktur,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












