Anwar ucap tahniah kepada Presiden Syria
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa atas pembentukan kerajaan baharu negara itu.
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Syria, khususnya dalam bidang ekonomi dan bersedia menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam usaha pembinaan semula negara berkenaan.
“Presiden al-Sharaa turut menjemput saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Syria sebagai langkah mempererat kerjasama antara kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pembentukan Kabinet baharu kerajaan pimpinan Syria diumumkan baru-baru ini selepas penggulingan pemerintahan 25 tahun rejim Bashar al-Assad oleh pasukan yang dipimpin oleh a-Sharaa pada Disember tahun lalu.
Sebelum ini kerajaan sementara Syria diketuai oleh Perdana Menteri Mohammed Al-Bashir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












