661 warga Kementerian Komunikasi terima APC 2024
KUALA LUMPUR – Seramai 661 warga Kementerian Komunikasi dari pelbagai jabatan dan agensi terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dalam satu majlis yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, hari ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penganjuran kali ini mencatat sejarah apabila buat julung kalinya Jabatan Penerangan Malaysia berjaya menghimpunkan semua penerima APC 2024 bagi Zon Semenanjung di satu lokasi.
“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima. Namun, saya berharap tiada yang culas selepas menerima anugerah ini. Jangan relaks.
“Sebaliknya, jadikan penghargaan ini sebagai penanda aras untuk terus meningkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan pada masa hadapan,” katanya dalam ucapan perasmiannya.
Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 541 penerima adalah dari Zon Semenanjung, termasuk seorang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC).
Fahmi berkata, kejayaan semua penerima APC membuktikan nilai-nilai murni seperti ketekunan, amanah dan tanggungjawab menjadi asas utama dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Beliau turut memaklumkan majlis serupa akan diadakan di Zon Sabah dan Sarawak bagi memastikan penghargaan yang sama dapat diberikan kepada penerima dari kedua-dua zon berkenaan.
Sementara itu, beliau turut menyeru warga kementerian yang belum menerima APC agar menjadikan pencapaian rakan setugas sebagai dorongan untuk meningkatkan mutu kerja dan berusaha menjadi antara penerima anugerah itu pada masa akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












