LUAR NEGARA

9 maut, 25 lagi cedera insiden tembakan di sekolah

VANCOUVER, British Columbia – Sembilan mangsa maut manakala sekurang-kurangnya 25 lagi cedera dalam insiden tembakan di Sekolah Menengah Tumbler Ridge, hari ini.

Penguasa Polis Diraja Berkuda Kanada (RCMP), Ken Floyd berkata, enam mangsa ditemukan maut di tempat kejadian, satu meninggal dunia ketika dihantar ke hospital manakala dua lagi ditemukan di sebuah rumah berhampiran, lapor AP.

“Seorang individu berpakaian seperti wanita yang dipercayai penembak turut ditemukan mati, dipercayai akibat kecederaan yang dilakukan sendiri,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Floyd berkata, pihak penyiasat telah mengenal pasti suspek berkenaan namun tidak mendedahkan identiti dan motif kejadian.

Datuk Bandar Tumbler Ridge, Darryl Krakowka, berkata kejadian itu “amat mengejutkan” bagi komuniti seramai 2,700 penduduk, yang disifatkannya sebagai sebuah “keluarga besar.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button