Fitnah komunis: Siti Mastura gagal ketepi keputusan, bayar RM825,000
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar RM825,000 kerana memfitnah tiga pemimpin DAP dengan mengaitkan mereka dengan Parti Komunis.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 4 Disember 2024, termasuk jumlah ganti rugi yang diberikan kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok.
Mahkamah sebelum ini mendapati kenyataan Siti Mastura adalah fitnah, tidak berasas serta dibuat dengan niat jahat, selain menolak pembelaan komen adil dan perlindungan bersyarat.
Sehubungan itu, beliau diperintah membayar ganti rugi masing-masing RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa, selain kos RM25,000 setiap seorang.
Siti Mastura dilaporkan telah melunaskan bayaran berjumlah lebih RM830,000 termasuk faedah pada Januari 2025.
Saman itu difailkan susulan ucapannya dalam ceramah Pilihan Raya Kecil Kemaman pada November 2023 yang didakwa mengaitkan ketiga-tiga pemimpin berkenaan dengan komunisme.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












