JPJ tahan lelaki Rohingya cuba larikan diri ketika operasi penguatkuasaan
PENDANG – Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang lelaki etnik Rohingya yang cuba melarikan diri ketika operasi penguatkuasaan di Guar Kepayang, dekat sini petang semalam.
Lelaki berkenaan turut meninggalkan motosikal ditungganginya sebelum cuba meloloskan diri melalui kawasan sawah untuk mengelak pemeriksaan kira-kira pukul 6.30 petang.
Hasil pemeriksaan mendapati, penunggang motosikal terbabit mempunyai 34 saman yang masih belum dijelaskan termasuk tidak mempunyai lesen memandu.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, motosikal tersebut kemudiannya disita untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, JPJ akan tetap melaksanakan penguatkuasaan dengan tegas terhadap warga asing yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) yang gagal mematuhi dan menghormati undang-undang jalan raya negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












