PMX

PM ucap tahniah kepada S. Sivasangari kerana menjuarai Kejohanan Skuasy Klasik London

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Klasik London, semalam.

Beliau turut dimaklumkan bahawa Sivasangari menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) sejak Datuk Nicol David pada 2015.

“Tahniah saya ucapkan kepada pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang berjaya menjuarai kejohanan London Klasik menewaskan pemain No.2 dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.

“Semoga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook, di sini hari ini.

Malam tadi, Sivasangari berhadapan dengan pemain di ranking kedua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir di pentas final.

Pemain nombor satu Malaysia itu berjaya menewaskan Hania dengan keputusan 3-2 dalam tempoh 81 minit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button