JENAYAH & MAHKAMAH

Tiada unsur jenayah kes warga asing maut dilanggar komuter

SHAH ALAM – Polis mengesahkan kes warga asing maut akibat dilanggar tren komuter di Stesen Komuter Klang, semalam tiada sebarang unsur jenayah.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada pemandu tren itu pada pukul 7.22 pagi.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 6.38 pagi ketika komuter berkenaan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim.

“Apabila sampai di kilometer 34.734 arah utara, tiba-tiba pengadu terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti terlanggar sesuatu, dan terdapat kebocoran gas pada sistem tren yang menyebabkan ia berhenti dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Pengadu membuat pemeriksaan dan menemukan jasad lelaki di bawah gerabak keempat dan terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hoong Fong kemudiannya berkata, warga asing berusia 45 tahun itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian namun putus kaki kanan.

“Setakat ini polis mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dengan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat kecederaan dilanggar tren,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button