BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis selesai siasat video tular pekerja wanita dikasari majikan

PASIR GUDANG – Polis telah melengkapkan siastan berhubung rakaman video seorang pekerja wanita dikasari majikannya di sebuah pejabat di Taman Kota Masai di sini, pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan video tersebut tular tersebut menerusi satu akaun di Facebook.

“Pihak polis sebelum itu ada menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 34 tahun pukul 5.53 petang pada 15 Mei lalu.

“Kejadian dipercayai berlaku pukul 1.05 petang di sebuah pejabat di Taman Kota Masai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis lalu.

Terdahulu, tular video berdurasi 56 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai majikan wanita terbabit bertengkar mulut sambil disaksikan seorang lagi wanita.

Pertengkaran mulut itu bertambah serius apabila lelaki terbabit menarik wanita tersebut yang sedang duduk di kerusinya hingga terjatuh.

Lelaki itu kemudian menolak wanita tersebut beberapa kali sebelum menariknya ke arah pintu untuk memaksanya keluar dari pejabat

Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehinga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Mohd Sohaimi berkata, siasatan sudah selesai dijalankan dan kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor semalam untuk mendapat arahan selanjutnya.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes ini,” ujarnya.

Kerjasama masyarakat tambah beliau, amat dihargai untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan teliti dan adil.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Syafiq Zamziba 014-9242724 atau hubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam 07-3864222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button