M. Nasir, isteri berlepas ke Tanah Suci
KUALA LUMPUR – Maestro muzik negara, Datuk M. Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa berlepas ke Tanah Suci petang tadi bagi menunaikan ibadah haji sekali gus melengkapkan Rukun Islam kelima.
Pemergian M. Nasir dan Marlia dimuat naik menerusi sebuah video di Instagram oleh pemilik akaun, Siella Zamri.
“Semoga perjalanan Datuk dan Datin ke Tanah Suci dipermudahkan Allah. Segala amalan diterima dan mendapat haji mabrur. Doa kami semua sentiasa mengiringi setiap langkah. Insya-Allah,” tulisnya pada kapsyen hantaran tersebut.

Di dalam video itu, M. Nasir dan Marlia dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diiringi ahli keluarga.
Komposer popular itu juga sempat melambaikan tangan sebelum memasuki balai perlepasan.
Malah, M. Nasir turut mengulang siar (repost) foto berkenaan melalui InstaStory di akaun Instagram beliau sebelum berangkat.
Tahun lalu, penyanyi lagu Mentera Semerah Padi dan Hati Emas itu bersama Marlia sempat mengerjakan ibadah umrah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










