BERITA SEMASADALAM NEGERI

F&N nafi dakwaan ada hubungan perniagaan dengan Israel

PETALING JAYA – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menafikan dakwaan syarikat itu mempunyai sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel.

Penafian itu dibuat susulan penggunaan bahasa dan tulisan dipercayai mirip negara Zionis pada pembungkusan produk Gold Coin seperti sebuah klip video yang tular di media sosial.

Menurut F&NHB, produk tersebut telah dieksport secara eksklusif untuk manfaat pasaran Palestin.

“Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co., yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami

“F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, F&NHB berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara itu dan amat menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap syarikat itu.

Terdahulu, tular di aplikasi TikTok, seorang warga Palestin telah menunjukkan produk didakwa keluaran syarikat terbabit yang tertera tulisan Ibrani bersama logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button