Agong ingatkan PAT jadikan prinsip tolak rasuah teras ATM
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa integriti dan penolakan terhadap rasuah mesti dijadikan teras kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kepemimpinan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaimanu.
Seri Paduka Baginda bertitah, kekuatan sebenar sesebuah angkatan pertahanan tidak hanya diukur melalui pemilikan aset atau kecanggihan teknologi, sebaliknya turut bergantung kepada nilai moral, ketelusan dan akauntabiliti yang dipegang oleh seluruh warganya.
Menurut Baginda, prinsip integriti yang kukuh adalah asas penting bagi memastikan ATM terus dihormati serta mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.
“Seluruh warga ATM perlu mengekalkan disiplin yang tinggi dan menjadikan budaya menolak rasuah serta salah guna kuasa sebagai amalan kerja yang berterusan demi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara,” titah Baginda dalam Facebook baginda hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan kepimpinan tertinggi ATM agar sentiasa mengutamakan kebajikan anggota, di samping memperkukuh keupayaan pertahanan sejajar dengan perubahan dan cabaran keselamatan semasa.
Pada pertemuan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan keyakinan bahawa Jeneral Datuk Malek Razak Sulaimanu berupaya menggalas amanah sebagai PAT dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












