BERITA SEMASA

Agong lawat Muzium LenReserve, hayati sejarah pengepungan Leningrad

ST PETERSBURG – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat LenReserve Museum di St Petersburg, Rusia, semalam.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri St Petersburg, Evgeny Dmitrievich Grigoriev serta Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, Muzium LenReserve merupakan antara muzium paling unik di St Petersburg dengan konsep pameran berasaskan pengalaman sebenar kehidupan semasa Perang Dunia Kedua khususnya ketika Pengepungan Leningrad.

Agong Rusia
Sultan Ibrahim kini berada di St Petersburg, Rusia dalam lawatan khas di atas jemputan Presiden Vladimir Putin.

“Muzium berkenaan juga mempamerkan koleksi kenderaan tentera, senjata, pakaian serta barangan harian yang digunakan oleh rakyat ketika tempoh pengepungan yang berlangsung hampir 900 hari dari tahun 1941 hingga 1944.

“Berbeza dengan konsep muzium konvensional, LenReserve menampilkan sistem pencahayaan dramatik serta kesan bunyi bagi mewujudkan pengalaman lebih imersif kepada pengunjung, seolah-olah berada dalam suasana era peperangan sebenar,” kata kenyataan tersebut.

BACA: https://staging.malaysiatribune.news/berita-semasa/diplomasi-diraja-presiden-putin-sambut-sultan-ibrahim-di-muzium-ikonik-hermitage/

Tambahnya, antara tarikan utama ialah paparan semula jalan-jalan bandar, hospital medan, bengkel pembaikan kenderaan tentera serta kediaman rakyat yang menggambarkan kesukaran hidup ketika bekalan makanan dan keperluan asas amat terhad.

Sultan Ibrahim kini berada di Rusia dalam lawatan khas julung kali ke St Petersburg di atas jemputan khas Presiden Vladimir Putin sekali gus melambangkan peranan penting Institusi Diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button