Alami sakit belakang kronik, vokalis Hujan selamat jalani pembedahan
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) kelmarin.
Menerusi perkongsian di Instagram, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh Sadeli itu berkata, masalah saraf tersepit di bahagian tengkuk menyebabkan tangannya kebas dan mengalami sakit belakang kronik.
Malah, keadaan itu juga menyukarkan dia untuk mengangkat bayi perempuannya, Tara.
“Selesai pembedahan kelmarin di HUKMSC. Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 dan C7 yang menyebabkan nerve impingement, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai ganggu nak angkat baby Tara.
“Proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan oleh Prof Datuk Dr Mohd Hisam Muhamad Ariffin.
“Yang buat tak best adalah lokasi surgery betul-betul di belakang vocal cords saya risiko besar pada organ yang jadi punca rezeki saya. Tapi Allah jaga,” tulisnya.
Dalam pada itu, Noh turut bergurau tentang jadual kerjanya.
“Risau? Ya. Sebab ada show Sabtu ni.
“Mohon kawan-kawan semua doakan agar proses sembuh dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin,” katanya lagi.
Noh turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakannya.
“Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan, family, friends. Terima kasih abah, hantar dan ambil saya. Terima kasih mummy dan Yaya tengokkan Tara dan Athira kat rumah.
“Budak-budak @hujanband dan suffren, terima kasih sangat-sangat datang surprise. Terima kasih @ukmspecialistcentre jaga saya.
“Sebenarnya malas nak cerita tapi AG pegi post Noel lawat saya tadi, saya penat nak jawab satu persatu,” katanya
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












