Amaran Ribut Tropika Senyar: KP MET Malaysia gesa rakyat kekal berwaspada
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran Ribut Tropika Senyar yang kini bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka, dijangka memberi kesan kepada negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai hari ini.
Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ribut yang dikesan pada kedudukan 3.6°U 99.9°T di utara Sumatera dan 102 kilometer (km) barat daya Lumut, Perak itu bergerak dengan kelajuan sekitar 24 km/j.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di beberapa negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat terkini, ramalan serta amaran cuaca melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.
Menurut Dr Mohd Hisham, MET Malaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai sentiasa diutamakan.
Amaran itu berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November 2025.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












