POLITIK

Pelantikan Ketua AMK Negeri: Kukuhkan jentera reformasi hadapi penggal 2025–2028

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengumumkan pelantikan ketua dan timbalan Ketua AMK bagi semua negeri bagi penggal 2025–2028, susulan mesyuarat Biro Politik AMK (MPAMK) yang diadakan semalam.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha AMK, Omar Mokhtar A. Manap, pelantikan itu bertujuan memperkukuh struktur organisasi AMK negeri bagi memastikan kelancaran gerak kerja reformasi serta menyokong agenda Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Diharapkan agar lantikan ini akan menambah kukuh struktur organisasi AMK, memperkuat gerak kerja Reformasi dan berupaya menggarap kesepaduan dalam menjayakan agenda Kerajaan Madani,” katanya dalam kemyataan hari ini.

Antara pimpinan baharu yang diumumkan termasuk Ahmad Azzin Izzad Bahanudin sebagai ketua AMK Perlis, Mohammad Fitri Ismail di Kedah, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal di Pulau Pinang, serta Ashraf Kahasan di Perak.

Antara yang dilantik ialah Ahmad Azzin Izzad Bahanudin sebagai Ketua AMK Selangor manakala Mohd Ashraf Ahmad Sabki sebagai timbalan ketua.
Antara yang dilantik ialah Ahmad Azzin Izzad Bahanudin (tiga dari kiri) dilantik Ketua AMK Perlis

Bagi Wilayah Persekutuan, Asheeg Ali Sethi Alivi dilantik sebagai ketua, manakala Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi mengetuai Selangor.
Senarai penuh pelantikan adalah seperti berikut:

• Perlis: Ketua – Ahmad Azzin Izzad Bahanudin; Timbalan – Mohd Ashraf Ahmad Sabki

• Kedah: Ketua – Mohammad Fitri Ismail; Timbalan – Mohammad Afiq Hazwan Samsudin

• Pulau Pinang: Ketua – Muhammad Zakwan Mustafa Kamal; Timbalan – Muhamad Hafiz Roslan

• Perak: Ketua – Ashraf Kahasan; Timbalan – Muhammad Aslam Johari

• Wilayah Persekutuan: Ketua – Asheeg Ali Sethi Alivi; Timbalan – Wan Nur Aishah Ahmad Fazli

• Selangor: Ketua – Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi; Timbalan – Mohamad Shahrul Adnan

• Negeri Sembilan: Ketua – Mohamad Hamizan Mohd Bahtiar; Timbalan – Raihan Md Idris

• Melaka: Ketua – Muhamad Hakimi Mokhtar; Timbalan – Sivabalan Karunakaran

• Johor: Ketua – Muhammad Faezuddin Mohd Puad; Timbalan – Sharwin Subramani

• Kelantan: Ketua – Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi; Timbalan – Wan Hafriz Wan Mahathir

• Terengganu: Ketua – Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudir; Timbalan – Nurman Hakim Azmi

• Pahang: Ketua – Mohd Hilmy Yakap; Timbalan – Badrul Hakimi Mohd Supian

• Sarawak: Ketua – Azlan Norita; Timbalan – Wong Sing Han

• Sabah: Ketua – Zaidi Jatil; Timbalan – Vincent Fung Sze Zack

Selain itu, beberapa lantikan tambahan turut dibuat melibatkan barisan Exco dan Penolong Setiausaha Pengelola, antaranya Mohammad Haqqim Nazaruddin, Suria Vengadesh Kerisnan, Muhammad Alif Aizat Aziz dan Ahmad Nazreen Shah Ahmad Nazib.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik. Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dalam memberi khidmat kepada akar umbi serta masyarakat keseluruhannya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button