BERITA SEMASALUAR NEGARASUKAN

Amorim belum puas hati, mahu lebih lagi selepas tundukkan Liverpool

ANFIELD – Kemenangan 2-1 ke atas Liverpool di Anfield dianggap sebagai hadiah paling bermakna buat penyokong Manchester United selepas menamatkan penantian sembilan tahun tanpa kemenangan di gelanggang keramat The Reds.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan United meraih dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) – kali pertama sejak Amorim mengambil alih hampir setahun lalu.

Bagaimanapun, Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menegaskan, aksi menentang Brighton di Old Trafford hujung minggu depan akan menjadi penanda sebenar terhadap kemampuan dan aspirasi skuadnya musim ini.

β€œIa kemenangan terbesar sepanjang saya berada di Manchester United. Ia amat bermakna hari ini, tetapi esok ia tidak lagi sebesar itu,” katanya.

Dalam aksi malam tadi, Liverpool sekali lagi dimalukan di laman sendiri apabila tewas tipis kepada United, menjadikan ia kekalahan keempat berturut-turut mereka, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak 11 tahun lalu.

United bermula garang apabila pemain sayapnya, Bryan Mbeumo meledak gol seawal minit pertama permainan di Stadium Anfield.

Liverpool berusaha bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi jaringan Cody Gakpo, namun kegembiraan itu tidak bertahan lama.

Pemain pertahanan The Red Devils, Harry Maguire muncul wira pasukan apabila menanduk masuk gol kemenangan tidak lama selepas itu.

Meskipun tewas, Liverpool kekal di tangga keempat liga dengan kutipan 15 mata hasil lima kemenangan, manakala Manchester United naik ke tangga kesembilan dengan 13 mata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button