JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota polis marin maut di LPT2, Perodua Myvi terbabas selepas tayar meletup

KEMAMAN – Seorang anggota polis marin maut selepas terbabit kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) di kilometer 306.6 sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal, di sini, pada pukul 7 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Sarjan Raja Zulkifli Raja Husain, 49, dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja dari Seberang Pintasan, Dungun ke Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan, Pahang.

Apabila sampai di lokasi, kereta jenis perodua Myvi yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar besi penghadang jalan, menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta.

Kejadian berpunca apabila tayar kereta belakang sebelah kanan pecah dan kenderaan yang dipandu gagal dikawal.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli mengesahkan kejadian seperti dilaporkan Buletin TV3.

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button