BERITA SEMASA

Anwar bidas pihak pertikai jemputan kepada Trump hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di KL

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang mempertikai jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, bulan depan.

Anwar berkata, kehadiran Trump pada platform diplomasi berkenaan akan digunakan sebaiknya untuk terus menyuarakan isu Palestin.

Jelas beliau, Malaysia perlu bijak berunding dan mengekalkan suara yang tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan cara berstrategi.

“Malaysia lantang mempertahankan Palestin, tetapi pada masa sama kita gunakan saluran diplomatik. Kita bebas bersuara kerana kita negara merdeka dan bermaruah. Kita juga mesti pandai berkawan.

“Sebab itu kita kena pandai berunding. Suara kita tetap menyatakan yang benar dan hak tetapi dengan cara bijaksana,” katanya, hari ini.

Anwar berkata demikian pada Majlis Jelajah Wira Madani dan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kompleks APMM Zon Maritim Sandakan, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun bukan negara besar, Malaysia tetap dihormati dunia kerana pendirian yang konsisten dalam mempertahankan keadilan serta kebebasan bersuara di pentas antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button