PM Anwar zahir ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang mewakili Kerajaan MADANI turut berdoa supaya Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan serta kesejahteraan semua kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau.
Perdana Menteri turut menzahirkan komitmen untuk terus memberikan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.
“Dirgahayu Tuanku!” katanya menutup kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












