BERITA SEMASA

Anwar pulang ke Pulau Pinang, tinjau projek Masjid Jamek Cherok Tok Kun

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke Pulau Pinang hari ini bagi menghadiri beberapa program bersama masyarakat di kawasan Permatang Pauh.

anwar ibrahim
Perdana menteri meninjau pembinaan Masjid di Cheruk Tok Kun

Beliau berkata, destinasi pertama sebaik tiba di negeri itu adalah singgah di rumah keluarganya di Cherok Tok Kun untuk meluangkan masa bersama insan tersayang.

“Sudah pasti destinasi pertama setibanya di sini adalah singgah sejenak di rumah keluarga di Cherok Tok Kun untuk bertemu dan meluangkan sedikit waktu bersama insan tersayang,” katanya dalam satu hantaran di laman Thread hari ini.

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim di Pulau Pinang

Dalam hantaran sama, Anwar turut memaklumkan beliau sempat meninjau perkembangan Projek Masjid Jamek Cherok Tok Kun yang sedang dibangunkan.

Menurut beliau, masjid berkenaan diharapkan dapat menjadi pusat ibadah, pusat ilmu serta medan penyatuan ummah kepada masyarakat setempat.

“Dalam kesempatan sama, saya turut meninjau perkembangan Projek Masjid Jamek Cherok Tok Kun yang diharapkan dapat menjadi pusat ibadah, pusat ilmu serta medan penyatuan ummah buat masyarakat setempat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button