ASCAP 2026–2035 pandu hala tuju pembangunan bandar pintar ASEAN – KPKT
KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan ASEAN Smart City Action Plan (ASCAP) 2026–2035 bakal menjadi rujukan utama dalam pembangunan bandar hijau, inklusif dan digital di rantau ini.
Menurut KPKT, pelan penting itu dibincangkan dalam Mesyuarat Tahunan Ke-8 ASEAN Smart Cities Network (ASCN8) yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula semalam hingga 12 September ini sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama Presiden UN-Habitat.
“ASCN8 memberi tumpuan kepada pembangunan bandar pintar yang bukan sahaja berasaskan teknologi, malah menekankan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca juga : KPKT terus perkasa agenda 1,000 Taman Rekreasi MADANI
Menurut kenyataan itu, selain sesi perbincangan, acara itu turut menghimpunkan pelbagai pihak melalui pameran, pembentangan pakar serta lawatan rasmi ke Putrajaya.
“Lawatan tersebut menampilkan kemajuan Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pintar dan usaha pemuliharaan alam sekitar sebagai bukti komitmen negara terhadap agenda bandar masa hadapan yang mampan serta inklusif,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












