JOM RONDA

Bangi Avenue Convention Centre perkenal Bufet Ramadan “Serumpun Rasa”, harga bermula RM89.90

BANGI – Bangi Avenue Convention Centre (BACC) memperkenalkan Bufet Ramadan “Serumpun Rasa” hari ini dengan menawarkan pelbagai hidangan istimewa serta pakej bufet berbuka puasa yang menarik untuk orang ramai sepanjang bulan Ramadan akan datang.

@malaysiatribuneCari tempat berbuka yang lengkap dan selesa? Bufet Ramadan “Serumpun Rasa” di BACC jawapannya! ✨ Pelbagai pilihan restoran, suasana eksklusif dan menu padu untuk seisi keluarga. #BufetRamadan #IftarTime #BangiAvenueConventionCentre #Ramadan2026

♬ Happy / Video CM / Ukulele ♬ Cooking / Family(897363) – ImoKenpi-Dou

Penolong Pengurus Besar BACC, Gunawan berkata, antara menu yang bakal menjadi tarikan pengunjung termasuk ikan bakar teluk tempoyak, sate, nasi briyani serta pelbagai lagi hidangan tradisional dan moden yang disediakan khas bagi memenuhi cita rasa pelbagai lapisan masyarakat.

Penolong Pengurus Besar,BACC, Gunawan
Penolong Pengurus Besar,BACC, Gunawan

Menurutnya, tahun ini pihak pengurusan tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan Set Ramadan untuk semua restoran di bawah BACC bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Terdapat lapan buah restoran termasuk Hanasaka yang menyajikan masakan Jepun, restoran Thai, Mee Tarik, Teppanyaki, Tendance yang menawarkan hidangan Barat serta BACC Seafood yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan laut dan masakan Cina,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Beliau berkata, bufet Ramadan di BACC akan berlangsung dari 21 Februari hingga 18 Mac ini dan dibuka setiap hari bermula jam 6 petang hingga 10 malam.

“Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan sesuai untuk seisi keluarga iaitu RM89.90 bagi dewasa, RM65 untuk kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun serta RM70 bagi warga emas,” katanya lagi.

Gunawan turut berkata, pihaknya berharap inisiatif itu dapat memberi peluang kepada orang ramai menikmati pengalaman berbuka puasa dalam suasana selesa dan berkualiti bersama keluarga serta rakan-rakan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat Islam dan menjemput orang ramai untuk sama-sama memeriahkan suasana Ramadan di BACC,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button