BERITA SEMASA

Banjir di Perak: 180 mangsa dipindahkan ke PPS setakat ini

IPOH – Seramai 180 mangsa dari 44 keluarga di daerah Manjung terjejas akibat banjir ekoran hujan berterusan hari ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa dari Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan, Pantai Remis itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sg. Batu.

Sementara itu, PPS SAR Padang Serai, Pengkalan Baru juga di Manjung dan PPS SAR Padang Serai, Pengkalan Baru di daerah Larut, Matang dan Selama pula, baharu dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

“Kedua-duanya (PPS) masih dalam proses pemindahan mangsa banjir,” katanya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button