BERITA SEMASA

Banteras perniagaan haram, DBKL sita 25 gerai penjaja asing

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 25 gerai penjaja warga asing yang beroperasi tanpa lesen di sekitar Jalan Sultan, Jalan Leboh Pudu, dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), bermula 7 hingga 10 Mei lalu.

Operasi tersebut mensasarkan aktiviti perniagaan tidak sah di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, selain pengeluaran enam notis kompaun terhadap premis restoran yang meletakkan peralatan perniagaan di tempat awam mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

DBKL dalam kenyataan di sosial media berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan laluan awam tidak terhalang dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memaklumkan bahawa pemantauan harian kini diperketatkan di kawasan panas (hotspot) bagi membanteras perniagaan haram warga asing serta isu halangan oleh premis makanan.

“Kesemua barangan dan peralatan yang dikenakan tindakan sita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi DBKL.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menyeru orang ramai agar terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang aduan atau maklumat melalui pautan rasmi yang disediakan bagi memastikan ketertiban bandar raya terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button