JENAYAH & MAHKAMAH

Bayi dua bulan dipercayai didera mulai sedar

MELAKA – Bayi lelaki berusia dua bulan yang berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat didera oleh ibu bapanya, kini menunjukkan tanda-tanda mula sedar.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, walaupun keadaannya masih lemah, bayi berkenaan menunjukkan perkembangan yang positif sejak petang semalam.

“Bayi tersebut masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Melaka namun keadaannya semakin baik,” katanya memetik laporan Awani Online.

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri masing-masing berusia 22 tahun ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan terhadap anak mereka di sebuah rumah di Sungai Petai, Alor Gajah.

Siasatan awal mendapati si ibu mendakwa bayinya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Namun hasil pemeriksaan pakar di Hospital Melaka mendapati terdapat unsur penderaan terhadap mangsa selepas imbasan CT mengesan beberapa kecederaan lama dan baharu termasuk kesan lebam serta luka di badan dan leher bayi tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button