JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas pengurus kerugian RM241,000, diperdaya individu menyamar dari NSRC

KLUANG – Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kerugian RM241,000 selepas diperdaya individu yang mendakwa mewakili Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), awal bulan lalu.

Mangsa lelaki berusia 47 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 6 November lalu yang memperkenalkan diri sebagai wakil NSRC, sebelum memaklumkan kononnya nombor telefon mangsa telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, panggilan tersebut kemudiannya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di mana mangsa dimaklumkan terdapat waran tangkap dikeluarkan atas namanya kerana disyaki terbabit dalam kes penggubahan wang haram.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa memindahkan semua wang simpanannya ke akaun yang diberikan bagi tujuan kononnya siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, antara 8 hingga 27 November, mangsa telah memindahkan wang secara berperingkat ke tujuh akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM241,000.

Bagaimanapun, mangsa tidak menerima semula wang tersebut sebelum menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan tampil membuat laporan polis.

Bahrin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-778 4222 atau 07-776 6822 (hotline).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button