Bendera terbalik: Polis buka kertas siasatan
GOMBAK – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis yang terletak di atas premis kedai kasut di Jalan Medan Batu Caves 1, di sini selepas ia tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mengenai kejadian itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 11.29 pagi, 23 Ogos lalu.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
“Kertas siasatan sudah dilengkapkan manakala pemilik premis serta individu terbabit juga telah dirakam keterangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian berlaku pihak bomba turut dipanggil ke lokasi untuk menurunkan Jalur Gemilang berkenaan sebelum sempat dirakam orang ramai.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
“Anggota bomba mendapati bendera berkenaan dipasang dalam keadaan terbalik di tingkat satu premis.
“Pasukan bertindak memanjat dan menurunkan Jalur Gemilang tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










