
Bersih akan gerakkan himpunan lebih besar sekiranya kerajaan tidak laksana reformasi struktural
KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menggerakkan himpunan yang lebih besar sekiranya tiada reformasi struktural dilaksanakan kerajaan.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu sedar bahawa Himpunan Rakyat Benci Rasuah, kelmarin adalah sebahagian daripada momentum kebangkitan rakyat yang menolak rasuah
Jelasnya, mereka mendesak Kerajaan MADANI supaya menoktahkan rasuah dan bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
“Kita semua tahu skandal rasuah terbesar iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjatuhkan maruah negara, tetapi sehingga hari ini tidak ada reformasi struktural untuk memastikan skandal salah guna kuasa seumpama itu tidak berulang.
“Reformasi yang disebut telah dinantikan rakyat sekian lama. Apa yang menjadi halangan untuk ia dibahaskan dan dilaksanakan? Kita tidak mahu rakyat kecewa kerana kegagalan usaha reformasi ini dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Muhammad Faisal, sasaran utama Bersih adalah untuk membawa suara rakyat Malaysia yang bencikan rasuah dan menuntut tahun 2025 sebagai permulaan kepada usaha menoktahkan jenayah itu.
Bersih dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada peserta terlibat dalam himpunan diadakan di Kuala Lumpur, kelmarin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












