BERITA SEMASA

Bot penumpang berlanggar, seorang masih hilang

SEMPORNA – Seorang lelaki hilang manakala empat lagi cedera dalam insiden pelanggaran melibatkan dua bot penumpang di kedudukan 0.3 batu nautika dari timur Jeti Pelancong Semporna, di sini pagi tadi.

Menurut Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli, Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pukul 11.30 pagi tadi.

“Bot dinaiki lima individu itu rosak teruk akibat pelanggaran berkenaan dengan empat mangsa yang cedera termasuk juragan bot dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut, manakala seorang kru, Rosman Kandau, 24, dilaporkan hilang di lokasi kejadian.

“Dua lelaki yang menaiki sebuah lagi bot terselamat dengan operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang diaktifkan 1.50 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini..

Amir menambah, operasi mencari mangsa yang hilang dilaksanakan di kawasan meliputi keluasan tiga batu nautika persegi melibatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Semporna, 014-7870624 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button