BISNES & EKONOMI

Bursa Malaysia siasat laporan dagangan tidak sah akaun dalam talian

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia sedang menjalankan siasatan berhubung laporan aktiviti dagangan tidak sah melibatkan beberapa akaun dalam talian, susulan amaran yang diterima daripada pihak broker.

Menurut laporan media tempatan, beberapa broker mengesan transaksi luar biasa dalam akaun pelanggan dan mengemukakan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya akses tanpa kebenaran.

Dalam kenyataan ringkas, Bursa Malaysia mengesahkan telah menerima laporan tersebut dan kini bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta pihak berkaitan bagi menilai dan menguruskan situasi itu.

“Skala insiden itu sedang dikenal pasti. Pengawal selia pasaran modal dan pihak broker terlibat sedang bekerjasama rapat dalam menangani perkara ini,” katanya memetik laporan NST online.

Laporan turut menyebut, sekurang-kurangnya seorang broker telah menggesa Bursa Malaysia supaya mempertimbangkan penggantungan sementara dagangan sehingga keselamatan platform disahkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Business Times dilaporkan sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada Bursa Malaysia berhubung perkembangan semasa ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button