Cadangan beri elaun kepada pelajar Tingkatan Enam dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan
BUTTERWORTH – Cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, minggu depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu akan disampaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari lawatan ke Turkmenistan, lapor BERNAMA.
“Kita memahami keutamaan dan harapan anak-anak Tingkatan Enam dan perkara ini masih kita perjuangkan,” katanya ketika berucap pada program POV Anak Muda: Anak Muda dan Ketidakpastian Realiti Siri 2 Zon Utara, di sini hari ini.
Fadhlina kemudiannnya berkata, kerajaan sebelum ini turut memperjuangkan pemberian elaun kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG), yang kini telah menerima kemudahan berkenaan.
Program sehari itu menghimpunkan kira-kira 950 peserta dan menjadi platform dialog antara golongan muda, pemimpin, penggubal dasar serta penganalisis bagi membincangkan isu pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan kos sara hidup.
Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Muhammad Kamil Abdul Munim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












