BERITA SEMASASUKAN

CAS tolak rayuan Malaysia, FAM berhubung 7 pemain warisan

CYBERJAYA – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengenepikan penggantungan selama 12 bulan tujuh pemain warisan negara.

Walau bagaimanapun, CAS berkata, penggantungan tersebut hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Tomás Garcés Rattaro, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

CAS dalam satu kenyataan hari ini turut mengesahkan keputusan FIFA mengenakan denda CHF350,000 kepada FAM kekal berkuat kuasa.

“Ini bermakna para pemain boleh menyambung latihan dengan kelab masing-masing sepanjang tempoh larangan.

Oleh itu, rayuan para pemain sebahagiannya diterima dan hukuman terbabit dipinda sebahagiannya.

“Larangan daripada bermain perlawanan bermula hari ini, 5 Mac 2026, dengan mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 yang telah dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman.

“Panel CAS juga memutuskan bahawa denda CHF350,000 terhadap FAM adalah wajar dan seimbang,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button