BERITA SEMASA

DAPSY buat laporan polis terhadap ADUN Manjoi, desak tolak politik perkauman

KUALA LUMPUR – DAP Socialist Youth (DAPSY) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri, berhubung kenyataan di media sosial yang didakwa berunsur fitnah dan perkauman.

DAPSY buat laporan polis terhadap ADUN Manjoi, desak tolak politik perkauman
Dapay Negeri Sembilan membuat laporan polis tethadap adun Manjoi

Kenyataan Hafez mendakwa seorang wanita “berbangsa Cina” cuba menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dengan niat mencurigakan ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri.

Bagaimanapun, polis mengesahkan wanita terbabit sebenarnya seorang warganegara Melayu yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan mental serta mempunyai rekod rawatan pakar.

DAPSY buat laporan polis terhadap ADUN Manjoi, desak tolak politik perkauman
Dapay Selangor turut membuat laporan polis hari ini

DAPSY menyifatkan kenyataan Hafez sebagai cubaan meniup sentimen perkauman dan menimbulkan keresahan rakyat pada hari yang sepatutnya meraikan semangat perpaduan.

Menurut laporan polis itu, kenyataan Hafez berkemungkinan melanggar Seksyen 505 Kanun Keseksaan, iaitu berhubung kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan palsu atau jelik.

“Kami menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan insiden seperti ini berulang.

“Politik perkauman dan perpecahan mesti ditolak sepenuhnya,” tegas kenyataan DAPSY Wilayah Persekutuan.

DAPSY buat laporan polis terhadap ADUN Manjoi, desak tolak politik perkauman
Adun Tronioh

Dalam pada itu, ADUN Tronoh, Steven Tiw turut mengecam tindakan Hafez yang disifatkan tidak bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenyataan tanpa pengesahan.

Steven mendedahkan Hafez sebenarnya tidak menghadiri sambutan berkenaan, namun tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman hingga mencetuskan kontroversi.

“Sebagai wakil rakyat, beliau sepatutnya mengesahkan maklumat terlebih dahulu. Tuduhan itu jelas berniat jahat untuk menghasut ketegangan kaum,” katanya lagi.

DAPSY buat laporan polis terhadap ADUN Manjoi, desak tolak politik perkauman
Dapsy W.P Kuala Lumpur

Steven turut menyifatkan kenyataan Hafez sebagai gambaran kelemahan pembangkang yang menggunakan taktik murahan untuk meraih sokongan politik.

Sementara itu, DAPSY Negeri Sembilan dalam kenyataan berasingan berkata tindakan Hafez menuduh tanpa bukti telah mencetuskan polemik berbahaya hingga mencorakkan persepsi perkauman dalam kalangan masyarakat.

“Apa yang lebih mendukacitakan ialah tuduhan palsu itu tular dan dipercayai sebahagian masyarakat, sedangkan Hari Kebangsaan sepatutnya menjadi detik menyatukan rakyat,” kata kenyataan itu.

DAPSY Selangor pula menegaskan, perbuatan menabur fitnah dan kemudian memadam hantaran tanpa keberanian untuk memohon maaf hanya akan merosakkan perpaduan negara.

“Di saat rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan, ada pihak masih memilih untuk meniup sentimen perkauman. Tuduhan tidak berasas oleh ADUN PAS Hafez Sabri terhadap kaum Cina jelas satu fitnah.

“Polis sudah sahkan individu terbabit bukan berbangsa Cina.

“Selepas menabur tuduhan, mereka sekadar memadam hantaran tanpa keberanian untuk memohon maaf.

“Politik sebegini hanya merosakkan perpaduan yang kita bina bersama.
DAPSY Selangor akan terus menentang politik fitnah dan perkauman.

“Kita percaya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama lebih matang serta cintakan keharmonian,” kata kenyataan itu.

DAPSY menegaskan, mana-mana pemimpin wajar memainkan peranan sebagai agen perpaduan rakyat dan bukan menanam kebencian melalui politik sempit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button