BERITA SEMASAPMX

Dasar bekerja dari rumah bagi sektor awam, GLC bermula 15 April – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju melaksanakan dasar tersebut sebagai usaha berdepan krisis tenaga global.

“Tujuannya untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga.

“Perincian lanjut akan diumumkan kelak,” katanya dalam satu taklimat khas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa kerajaan bertindak menampan impak krisis tenaga global ini menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat.

Justeru katanya, kerajaan turut mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam usaha menangani cabaran semasa yang dihadapi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button