JENAYAH & MAHKAMAH

Dijanjikan kerja, tapi dikurung hampir setahun – Polis

GEORGETOWN – Tiga warga Indonesia yang diselamatkan polis kelmarin selepas dikurung hampir setahun di sebuah kondominium di sini, dijanjikan pekerjaan sebaik tiba di negara ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya sudah merakam keterangan mangsa.

“Siasatan mendapati kesemua mangsa yang tidak bekerja, datang ke Malaysia berikutan dijanjikan pekerjaan.

“Mereka masuk ke negara ini menerusi pengangkutan feri dan kesemua mangsa dikurung bagi mengelak daripada melarikan diri dari rumah berkenaan,” katanya, hari ini.

Ketiga-tiga mangsa yang berusia 28 hingga 52 tahun itu kini berada dalam keadaan baik setelah diselamatkan dan kini menumpang di rumah saudara masing-masing.

Tambahnya, setakat ini belum ada tangkapan baharu dibuat.

Laporan Malaysia Tribune semalam menyebut mengenai kejayaan polis menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia yang dikurung selama hampir setahun dalam satu serbuan ke atas sebuah kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini.

Difahamkan, kesemua mangsa dipercayai dikurung di rumah berkenaan hampir setahun dengan keadaan kaki mereka dirantai menggunakan rantai besi serta diikat pada jeriji tingkap.

Susulan itu, tiga lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing yang masing-masing berusia lingkungan 40 hingga 56 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 344 Kanun Keseksaan (kurungan salah).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button