Doktor maut kereta terbabas rempuh stor gas
KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai perubatan maut dalam satu kejadian kemalangan selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu melanggar sebuah stor penyimpanan gas di Jalan Kampung Undang, di sini, malam kelmarin.
Mangsa, Muhammad Hariz Hashim, 35, yang bertugas sebagai doktor di sebuah klinik kesihatan, disahkan meninggal dunia pada pukul 11.33 malam hari sama di Wad Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 1 pagi hari ini
Menurut beliau, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Bayas selepas bersukan di gelanggang futsal Kampung Undang.
“Kereta jenis Perodua Alza yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan lalu merempuh stor penyimpanan gas.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke HSNZ menggunakan ambulans, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












