BERITA SEMASA

Dr Akmal Saleh persoal MCA tidak buat laporan polis kes bendera terbalik

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan terima kasih kepada MCA kerana membuat laporan polis terhadap Pemuda UMNO Terengganu berhubung kekurangan jalur pada bendera Malaysia yang dipaparkan dalam poster.

Katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, beliau turut berharap pihak polis dapat menyiasat, mendakwa dan mengenakan hukuman berat terhadap pihak terlibat.

Menurut Dr Akmal, beliau mempersoalkan sama ada MCA telah membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang secara terbuka mengibar bendera secara terbalik dan meminta aksinya direkodkan.

“Jika belum, lebih baik kamu buat juga kerana bimbang dianggap berat sebelah atau tidak berani membuat laporan terhadap individu tersebut,” katanya.

Beliau turut menegaskan pihak lain sering bersatu dalam isu melibatkan kelompok mereka manakala bangsa Melayu masih berpecah akibat perbezaan fahaman politik.

“Bersatulah wahai bangsaku,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button