Dua gol Salah bantu Liverpool raih satu mata, seri 3-3 dengan Newcastle United
NEWCASTLE – Liverpool hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 menentang Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, menyaksikan The Reds terlepas peluang untuk mengukuhkan kelebihan dalam perlumbaan merebut gelaran juara.
Mohamed Salah muncul penyelemat buat Liverpool selepas berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, sekali gus mengukuhkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kontrak baharu selepas dia turut menjadi pencetus (assist) kepada gol penyamaan Curtis Jones.
Gol penyamaan 1-1 hadir pada minit ke-50 selepas satu gerakan yang dimulakan oleh Mohamed Salah disempurnakan oleh Curtis Jones.
Walau bagaimanapun, Anthony Gordon berjaya mengembalikan kelebihan kepada Newcastle dengan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Salah kemudiannya sekali lagi menjadi wira Liverpool dengan gol penyamaan, selain hampir menambah jaringan apabila percubaannya terkena palang gol sebelum akhirnya menjaringkan gol untuk mendahului 2-3.
Namun, kegagalan komunikasi antara Caoimhin Kelleher dan Trent Alexander-Arnold membuka ruang untuk Fabian Schär menjaringkan gol penyamaan pada saat-saat akhir permainan, memastikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.
Keputusan seri 3-3 menentang Newcastle United menyaksikan perebutan gelaran juara masih jauh dari selesai buat Liverpool yang kini dipisahkan hanya tujuh mata dengan pencabarnya di kedudukan kedua, iaitu Chelsea.
Bagi Newcastle, persembahan mereka membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang sukar ditewaskan dan mampu mencabar mana-mana pasukan gergasi liga.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












