BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua kenderaan nyaris terhumban dalam sungai akibat hakisan tebing

AMPANG – Sebuah kereta dan sebuah lori nyaris jatuh ke dalam sungai dalam kejadian hakisan tebing di Taman Lembah Maju, di sini ekoran hujan lebat pada petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian menyebabkan runtuhan tanah setinggi kira-kira 10 meter di kawasan tempat letak kenderaan.

Katanya, JBPM menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 7.14 malam.

“Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat tanah runtuh di tebing sungai yang ketinggian 10 meter.

“Kejadian itu menyebabkan dua kenderaan masing-masing sebuah kenderaan penunda serta sebuah kereta masuk ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini petang ini. Foto : JBPM

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button