JENAYAH & MAHKAMAH

Dua maut, empat cedera nahas di Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Dua individu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.57 pagi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah Nissan Sentra dan Proton Saga dengan enam mangsa terlibat.

“Terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian dalam keadaan tersepit.

“Manakala tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sehingga keadaan selamat.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 10.18 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button