[VIDEO] Dua remaja maut, 10 cedera dalam tembakan parti rumah di Texas
AMARILLO : Dua remaja maut manakala sekurang-kurangnya 10 individu cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah parti rumah di Texas, awal pagi Sabtu.
Menurut kenyataan Jabatan Polis Amarillo (APD), kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan di sebuah kompleks pangsapuri di South Coulter Street.
Siasatan awal mendapati parti berkenaan pada asalnya diadakan di lokasi lain sebelum berpindah ke kompleks pangsapuri tersebut, dengan kehadiran majoriti remaja dan golongan dewasa muda.
Polis memaklumkan beberapa individu yang sebelum itu diminta meninggalkan lokasi asal dipercayai mengekori kumpulan lain ke pangsapuri berkenaan sebelum cuba memasuki sebuah unit kediaman.
“Mereka kemudian melepaskan tembakan menggunakan senjata jenis raifal,” menurut kenyataan itu.
Rakaman kamera keselamatan berhampiran lokasi yang dikongsi pihak berkuasa menunjukkan suasana cemas apabila beberapa individu dilihat bertempiaran lari ketika bunyi tembakan bertalu-talu kedengaran.
Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ezekiel Rudy Almazan, 17, dan seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun yang identitinya belum didedahkan.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 10 mangsa lain dilaporkan cedera termasuk akibat terkena tembakan dan menerima rawatan di hospital berhampiran.
@malaysiatribune Dua remaja maut manakala sekurang-kurangnya 10 individu cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah parti rumah di Texas, awal pagi Sabtu lalu. Menurut kenyataan Amarillo Police Department (APD), kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan di sebuah kompleks pangsapuri di South Coulter Street. #trendingnewsmalaysia #beritatularmalaysia #beritasemasa #viralnews
Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Glock 9mm di luar sebuah unit pangsapuri, selain percaya lebih daripada satu senjata digunakan berdasarkan penemuan kelongsong peluru di kawasan berhampiran.
Sehingga kini, dua suspek masih bebas dan identiti mereka belum dikenal pasti, manakala hubungan mereka dengan mangsa juga tidak diketahui.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan insiden tersebut merupakan serangan yang disasarkan, namun motif sebenar masih dalam siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











