BERITA SEMASADALAM NEGERI

Dua rentung kereta terbakar lepas rempuh pokok di ladang sawit

KOTA TINGGI – Dua individu rentung selepas kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tanjung Balau, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II, Faizal Ahmad berkata, lelaki dan wanita berkenaan dipercayai terperangkap dalam kereta Toyota Vios terbabit.

Katanya, Bomba terima panggilan kecemasan jam 4.48 pagi dan mendapati dua mangsa terperangkap di dalam kereta yang terbakar selepas merempuh pokok.

“Seorang mangsa adalah lelaki dewasa berusia 21 tahun manakala seorang lagi wanita dewasa yang belum diketahui identitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kebakaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button