Dua tahun bebas kanser, akhirnya maut angkara rawatan alternatif
DALAM dunia perubatan, doktor sering menjadi saksi bisu kepada pelbagai kisah perjuangan hidup dan mati pesakit mereka.
Kadangkala, kisah tersebut meninggalkan kesan yang mendalam, bukan hanya kepada keluarga pesakit tetapi juga kepada doktor itu sendiri.
Seorang doktor perubatan am (GP) berkongsi pengalamannya yang pernah merawat seorang pesakit kanser hingga disahkan bebas penyakit berbahaya itu, namun kemudian memilih rawatan alternatif dan meninggal dunia dalam keadaan memilukan.
Melalui satu posting yang dimuat naik di Facebook, Abdullah Kadir Hillaluddin menceritakan pertemuannya dengan seorang pesakit lelaki.
“Ceritanya macam ni. Ada pesakit aku umur 40. Lelaki, ada diabetes, buah pinggang tahap 4, colon cancer, operation buang usus sambung balik. Buat chemotherapy. Cancer free selama dua tahun. Lepas tu cancer dia datang balik, full blown.
“Dua tahun aku kenal dia. Mula-mula kenal dia masa datang daily dressing luka bedah di abdomen dia (2nd post open+stoma).
“Hampir setiap hari aku mengasuh luka dia selama berbulan-bulan. Sampai aku dah tak charge dia langsung dah. Dah la patient cash bukan panel (maksudnya dia bayar sendiri),” tulis beliau.
Tambahnya, sewaktu lelaki itu disahkan bebas kanser, setiap minggu dia akan datang ke klinik, bawa makanan dan mereka bersembang lama jika tiada pesakit lain.
“Anak bini, adik-beradik dia pun aku dah rapat. Memang baik brader ni. Sihat je dia. Disiplin makan ubat, diabetes, buah pinggang semua optimized. (under hospital follow up)
“Tapi selepas beberapa bulan, dia dah tak datang klinik. Aku call la dia tanya khabar, dia cakap dia selalu sembab-sembab kaki tak leh nak jalan sangat. Cepat penat. Aku datang melawat rumah dia, check gula tinggi (tak ingat berapa) BP tinggi (tak ingat berapa) tapi kaki dia sembab bersinar wey. Dia ok je alert, concious. Boleh bersembang,” tulisnya lagi.

Kemudian beliau bertanya kepada lelaki itu sekiranya dia mengambil ubat seperti biasa. Rupa-rupanya dia memberitahu sudah dua bulan berhenti makan ubat hospital. Selepas ditanya barulah lelaki itu menceritakan hal sebenar.
“Sekali dia pergi berubat dengan ‘pakar reverse buah pinggang’ dan cure cancer. Dah habis lebih 10 ribu daa.. Dia cerita la yang kena follow diet, makan ubat produk yang pakar tu suggest. Yang penting semuanya ALAMI… Program yang dia ikut tu kena stop semua makan ubat ‘chemical’..
“Dah la patient aku tu kurus keding, kencing manis, usus pun dah pendek.. dia suruh puasa la, makan sayur la apa laa.. Aku punya menyirap sampai 1st time aku dapat rasa telinga aku panas dan berdenyut. Aku mintak dia stop. Dia cakap dia nak try lagi sebulan. Lepas tu dia janji dia stop. Itu pun sebab dia dah bayar.
“Aku cakap tak, pergi hospital sekarang. Bini dia pujuk, akhirnya dia pergi jugak. Keluar-keluar result, diagnosis Acute renal failure on top of chronic. Kena la admit dalam seminggu,” cerita doktor itu lagi.
Dipendekkan cerita selepas beberapa bulan, kansernya datang menyerang semula dalam keadaan full package dan telah merebak ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.
“Yang sedihnya hampir setiap minggu lepas tu aku melawat dia, kitorang bercakap tentang kesakitan dan kematian. Sampai sekarang aku menangis bila ingat perbualan kami.
“At last, dia meninggal. Aku jadi saksi dia meninggal dalam syahadat pada waktu Dhuha hari Jumaat. Aku yang tutup mata dia selepas sakaratul maut.
“Aku tulis panjang-panjang sebenarnya aku nak cakap satu je. Tak kesah la korang percaya atau tak kepada perubatan ikhtiar macam ni, kalau boleh elak.. elakkan lah.
“Aku tahu, bila kita dalam keadaan terdesak, kita sanggup gadaikan apa saja. Termasuk kepercayaan kita. Aku mohon sangat-sangat, ambilah pedoman,” ungkapnya.
Doktor itu juga merayu agar tidak perlu bawa ahli keluarga bertemu pengubat-pengubat sedemikian.
“Aku ni sampai sekarang pedih hati bila teringat pasal patient aku ni. Tiap kali lalu iklan bisnes dia, mesti aku berpantun.. ‘pergi ke kedai membeli cincau…’ Sekian.”
Perkongsian beliau setakat artikel ini ditulis telah menerima 1,400 reaksi, 204 komen dan 1,900 perkongsian.
“Sedihnya,” komen Yasmin Awalludin.
“Penulisan yang sangat bagus, mohon open untuk share,” kata Shazwan Shukri pula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












