BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua warga emas lemas ketika rentas sungai dengan 4X4

RANAU – Dua lelaki ditemukan lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang mereka naiki dihanyutkan arus deras di Sungai Moroli, Kampung Narawang, di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 69 tahun yang merupakan pemandu kenderaan berkenaan dan rakannya yang berusia 61 tahun, ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lokasi kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, mangsa pertama ditemui pada pukul 11.18 pagi, manakala mangsa kedua ditemui kira-kira satu kilometer dari mangsa pertama pada pukul 11.48 pagi.

“Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 10.22 pagi. Mangsa berada dalam kenderaan 4WD dan sedang cuba merentasi Sungai Moroli, namun arus deras telah menyebabkan kenderaan mereka dihanyutkan arus,” katanya menurut laporan Majoriti.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan bantuan 25 penduduk kampung serta dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button