SUKAN

FIFA pecat semua pengadil perlawanan Liverpool–Manchester United

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil tindakan tegas dengan memecat keseluruhan pasukan pengadil yang mengendalikan perlawanan antara Liverpool dan Manchester United baru-baru ini.

Tindakan luar biasa itu dibuat selepas siasatan mendapati pengadil utama, Michael Oliver bersama pasukannya didakwa mengabaikan kekasaran jelas terhadap pemain Liverpool yang berpotensi menghasilkan gol penting buat pasukan tersebut.

Insiden tersebut berlaku ketika pemain Liverpool hampir melepaskan rembatan ke arah gol Manchester United sebelum dijatuhkan oleh pertahanan lawan di dalam kotak penalti, namun tiada sebarang sepakan percuma atau penalti diberikan.

Walaupun rakaman video menunjukkan kekasaran berlaku, Oliver serta pegawai Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak mengambil sebarang tindakan, sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong dan pemerhati bola sepak.

Jurucakap FIFA berkata, keputusan itu dibuat selepas semakan mendalam terhadap rakaman dan komunikasi antara pengadil mendapati berlaku kecuaian serius yang menjejaskan keadilan perlawanan.

“Tahap kesilapan yang ditunjukkan dalam perlawanan berprofil tinggi ini amat tidak boleh diterima. Keputusan ini dibuat bagi menjaga integriti dan maruah sukan bola sepak,” memetik laporan The Insight Journal.

Menurut laporan antarabangsa, tindakan FIFA itu bukan sahaja memberi amaran keras kepada semua pegawai perlawanan, malah siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang pengaruh luar atau tekanan terhadap pengadil terbabit.

Difahamkan, Manchester United juga berdepan kemungkinan dikenakan potongan mata sekiranya siasatan mendapati keputusan kontroversi itu melibatkan unsur campur tangan tidak sah.

Perkembangan tersebut mencetuskan reaksi pelbagai pihak di seluruh dunia dengan penyokong Liverpool menyambut baik keputusan FIFA itu sebagai pembelaan terhadap peluang jaringan pasukan mereka yang dinafikan.

Sementara itu, penganalisis sukan berpandangan langkah tegas FIFA ini memberi mesej jelas bahawa badan induk bola sepak dunia itu tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk kesilapan atau salah guna kuasa yang menjejaskan keadilan di atas padang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button