Gangguan seksual : Hanya 12 peratus lelaki tampil buat aduan
PUTRAJAYA – Hanya 12 peratus daripada lelaki yang menjadi mangsa kes-kes gangguan seksual di negara ini tampil membuat aduan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, data yang diperolehi menunjukkan jumlah melibatkan kaum lelaki terlalu kecil walaupun berlakau peningkatan kes setiap tahun.
“Sebanyak 88 peratus kes gangguan seksual dilaporkan oleh wanita dan hanya 12 peratus dilapor terhadap oleh mangsa lelaki. Tapi ini tidak bermakna tiada gangguan seksual kepada lelaki.
“Saya percaya mesti ada faktor-faktor tertentu yang menunjukkan peratusan itu tidak meningkat.
“Kenapa berlaku sedikit laporan oleh kaum lelaki, mesti sebab lelaki dia ego. Atau mungkin rasa malu kalau gangguan itu dikenakan ke atas mereka atau ada faktor-faktor yang lain,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media Majlis Jerayawara Advokasi Antigangguan Seksual di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM), Datuk Seri Nancy Shukri.
Sehubungan itu Ahmad Zahid melihat program advokasi yang dilaksanakan oleh KPWM itu sebagai usaha penting dalam mengatasi masalah gangguan seksual di negara ini.
“Saya harap semua pihak (perlu) terlibat dan langkah-langkah preventif perlu dilakukan begitu juga dengan usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
“Roadshow ini akan dilakukan oleh Kementerian untuk turun padang, bukan sahaja untuk memberi penjelasan tetapi perlu memperlihatkan keberhasilan daripada kempen ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












